Air
diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk
menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk
darah).Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua
molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O), apabila ia digunakan
untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.
Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan
kawalan suhu badan yang membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien
kepada sel di seluruh badan.Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan.Badan kita terdiri daripada 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat.
Air
bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan
mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik
daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.dan jika mahu mengurangkan berat badan minumlah banyak air masak. Air
ialah elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan
mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga,
setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air
kosong sehari.Ramai orang keliru antara isyarat
`lapar’ atau `dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari
makanan setiap kali salah satu daripada isyarat ini diterima otak.
Ini
membuatkan berat badan bertambah tanpa disedari kerana apa yang
diperlukan badan ialah air, bukan makanan. Masalah ini lebih ketara
dalam kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang
sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.Saranannya, langkah terbaik untuk diambil bagi individu yang alami kekeliruan ini ialah minum air setiap kali terasa lapar.
Kajian
menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah
malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu
pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak
timbul.Untuk mendapat kesan penurunan berat badan yang lebih
cepat (di samping bersenam dan mengawal pengambilan makanan) ialah minum
setiap kali sebelum makan. Ini kerana air boleh membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ia secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.
Sekali lagi diingatkan, air yang dimaksudkan di sini ialah air masak
sama ada suam atau sejuk. Minuman manis mengandungi kalori kosong
daripada gula iaitu kalori yang tidak diperlukan badan. Badan
kita tidak memerlukan gula tambahan kerana karbohidrat daripada makanan
akan diproses dan ditukarkan ke bentuk gula ringkas supaya boleh
digunakan sebagai tenaga. Jadi walaupun tanpa makanan atau minuman manis, badan kita sudah mendapat gula secukupnya.
Kembung airPakar
berselisih pendapat mengenai jumlah air yang perlu diambil setiap hari,
bagaimanapun kebanyakannya menyarankan kita perlu minum air enam hingga
lapan gelas. Ada juga menyarankan kita minum sehingga dua liter
sehari yang kelihatan sangat banyak namun apabila dihitung jumlahnya
lebih kurang sama dengan enam atau lapan gelas.Ada yang bimbang
jika minum sebanyak itu, tidakkah akan berlaku kesan sampingan?
Satu-satunya kesan sampingan yang akan kita alami akibat terlalu banyak
air ialah kerap berulang ke tandas, namun ia dianggap perkara baik.Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah `terlalu banyak air’
kerana badan kita sangat bijak dan bertindak secara automatik untuk
mengeluarkan air berlebihan. Inilah juga nasihat yang diberikan doktor kepada pesakit gout, walaupun ramai tidak selesa untuk berulang-alik ke tandas. Saranan
minum air sebanyak dua liter sehari adalah untuk memastikan air kencing
pesakit sentiasa dalam keadaan cair. Kerap berulang ke tandas dianggap
baik kerana ia menandakan lebih banyak garam dibuang dari badan.Gout ialah penyakit yang disebabkan pengumpulan asid urik dalam badan.
Asid urik yang terbentuk dalam darah adalah hasil pemecahan pelbagai
proses kimia. Biasanya darah dibersihkan melalui proses penapisan di
dalam buang pinggang dan asid urik kemudian dibuang melalui air kencing.Air kencing mengandungi pigmen urokrom yang memberinya warna kuning.
Warna ini berubah-ubah setiap hari daripada kuning gelap hinggalah
kuning cair, bergantung kepada kepekatan air kencing kita. Air
kencing yang gelap biasanya menandakan kita tidak minum cukup air. Badan
kita memerlukan air secukupnya setiap hari untuk membolehkan ia
berfungsi dengan cekap.
Apabila badan kekurangan air, ia mengekalkan jumlah cecair dalam badan dengan mengurangkan penghasilan air kencing. Ini
sebabnya air kencing menjadi pekat dan berwarna gelap. Sebaliknya jika
kita minum banyak air, lebih banyak air kencing dihasilkan dan warnanya
menjadi lebih cerah dan cair.Pengambilan air secukupnya
walaupun tidak berasa dahaga boleh membantu menjaga kesihatan buah
pinggang - organ penapisan darah yang amat penting. Pada
peringkat awal, anda memang kerap ke tandas, tetapi ia hanya untuk
sementara waktu sehingga badan dapat menyesuaikan diri dengan
peningkatan jumlah air yang anda minum.
Bagaimanapun, bagi anda yang sudah ada masalah buah pinggang, dapatkan nasihat doktor mengenai jumlah air yang boleh diambil. Sebaliknya bagi individu yang mengalami batu karang atau gout, mereka perlu minum lebih banyak air untuk mengawal penyakit.Jangan takut untuk minum banyak air kerana kajian menunjukkan ia boleh
mengurangkan risiko 45 peratus kanser usus, kanser payudara (79 peratus)
dan kanser pundi kencing (50 peratus).Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang.
Air
mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan
dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja
lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan ia boleh
menyebabkan kerosakan organ penting ini.Air juga diperlukan
untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan
pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan
kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.
Masalah
berlebihan air sebenarnya jarang berlaku, tetapi apa yang lebih kerap
dialami kebanyakan orang ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai
orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara
contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas
satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan
mengalami masalah retensi atau tegasan air.Retensi air yang
menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda
kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung
kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian.
Cara
untuk atasi masalah ini adalah dengan minum air secukupnya iaitu antara
lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif
secara perlahan-lahan.
Badan kehilangan air melalui:1. Pernafasan (satu gelas air - 14 peratus)
2. Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
3. Peluh ( dua gelas air - 34 peratus)
4. Najis (1/2 gelas air - dua peratus)
Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari
badan terkumpul dan lama-kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan,
contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua
peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek
menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.