Tuesday 30 April 2013

RESEPI RUMPAI LAUT

Mai-mai..kita pakat cuba buat..simple jerr..tapi rasanya memang best....Sedap sangat..yammm..

Resepi 1: Kerabu kelapa Rumpai Laut

Bahan-bahan

  • 20gram rumpai laut kering (basuh bersih & rendam selama 3 jam)25g kelapa parut dikisar bersama cili, garam dan gula..
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji cili padi
  • 3 sudu perahan asam limau
  • garam (mengikut citarasa)
  • gula (mengikut citarasa)
  • 1 biji tomato
  • daun ulam raja skit

Cara-cara
1) Cuci bersih mengikut kaedah yang betul, rendam rumpai laut sehingga kembang,Setelah kembang potong kecil ikut citarasa
2) 1 labu bawang besar di potong nipis,
3) 25g kelapa parut dikisar bersama cili, garam dan gula.
4) potong daum ulam raja nipis2
5) tomato di potong dadu dan di masukkan dan Gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati
6) masukkan perahan asam limau,mengikut citarasa
7) Sedia untuk dihidang

Resepi 2: sup ayam bersama rumpai laut


Bahan-bahan ( 8org )
  •  20gram rumpai laut kering (basuh bersih & rendam selama 3 jam)
  • 1 ekor ayam potong 16
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan rumpai laut yang telah di toskan, kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang





Resepi 3: laici kang rumpai laut

1 tin laici
Sepeket biji selasih ( direndam)
7-10 biji kembang semangkuk (direndam biar kembang)
20gram rumpai laut kering (basuh bersih & rendam selama 3 jam) 1/2 cawan gula melaka (dimasak & biarkan sejuk seketika)
Cincau dipotong dadu

Cara cara:
Potong rumpai laut yg telah direndam
Tuangkan gula melaka yg telah sejuk ke dlm jug bsama sedikit air laici ( dlm tin)
Tambah sedikit air masak jika perlu ( ikut kesesuaian kemanisan) Masukkan semua bahan2 yg lain
Kacau & tambahkan ais.
Siap utk diminum....bagus utk kulit kerana rumpai laut mengandungi kolagen.
Juga baik utk menyejukkan badan.
Selamat mencuba!
dapat stock rumpai laut dari KAMI inamimibeauty 
Kami adalah pemborong rumpai laut asli dari pembekal kami di semporna..
Rumpai laut Gred AAA ungu = RM 9.00
Rumpai laut Gred AAAA hijau = RM 12.00

postage rm 6 ja s/m


 utk pertanyaan CALL/SMS (012-6530825)




JIKA BRG POS ANDA LAMBAT SAMPAI ATAU MELEBIHI 3 HARI BEKERJA DARI TARIKH BRG DI POS ANDA BLEHLAH CAL TERUS TALIAN 1300 300 300 UNTUK PERTANYAAN. Pos Malaysia Online: http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp

3 comments:

  1. Salam..
    Wowww....sedapnyaa...
    Macam-macam lah info yg saya dapatkn sini..
    Resepi pun ada...
    Terbaikkkkkk!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya blong yang memaparkan pelbagai info
      untuk sihat, cantik dan macam2 ada lah..
      jom kita cuba resepi nie...menarik nie...

      Delete